Terdapat pelbagai jenis website namun tujuan permbinaan laman web ia dapat dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu:
- Website Jualan / Sales Page / Minisite
- Website Korporat / Profail Syarikat / Pertubuhan
- Website Kedai Online / E-commerce / Shopping Cart
Website Jualan / Sales Page / Minisite
Website jualan atau sales page ataupun dikenali juga sebagai Minisite ialah jenis website satu halaman yang biasa digunakan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Pelanggan boleh membeli terus melalui l;aman web atau menghubungi penjual untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan tersebut.
Website jenis ini boleh menghasilkan jualan ribuan ringgit setiap bulan jika anda mempunyai produk yang dapat menarik pengguna, mempunyai gaya penulisan atau copywriting yang hebat dan teknik promosi yang berkesan.
Website jenis ini hanya fokus untuk menjual satu produk atau perkhidmatan sahaja dalam satu-satu masa. Jika anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang berlainan kategori dan tidak berkaitan anda harus memikirkan untuk mendapatkan minisite yang berlainan.
Website Korporat / Profail Syarikat / Pertubuhan
Website profail syarikat dan pertubuhanatau website korporat ialah sejenis website yang terdiri daripada beberapa halaman yang biasa digunakan untuk memperkenalkan syarikat, pertubuhan atau organisasi. Ia biasanya mengandungi halaman yang bertujuan untuk memperkenalkan syarikat, aktiviti-aktiviti syarikat, carta organisasi, lokasi syarikat dan halaman yang membolehkan pengunjung menghubungi syarikat tersebut.
Website jenis ini biasa digunakan oleh agensi kerajaan, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan, agensi guaman, agensi hartanah, kontraktor, sektor perkilangan dan sebagainya sebagai pejabat maya bagi agensi mereka. Entiti yang mempunyai aktiviti dan pembahagian yang kompleks akan cuba menyenaraikan semua aktiviti mereka di dalam website ini yang boleh menyebabkan pembangunan website ini boleh mengambil masa yang lama.
Website Kedai Online / E-commerce / Shopping Cart
Website kedai online atau e-commerce ataupun shopping cart ialah sejenis website pelbagai halaman yang biasa digunakan untuk menjual pelbagai jenis produk. Produk-produk akan dimasukkan ke dalam kedai di mana pengguna boleh memilih satu atau beberapa produk untuk dibeli. Kedai akan dihubungkan dengan sistem pembayaran di mana boleh membuat pembayaran di laman web tersebut.
Website jenis ini memerlukan aplikasi e-commerce dipasang di dalam website untuk membolehkan urusan jual beli di atas talian dan disambungkan dengan kemudahan sistem pembayaran. Semua produk yang ingin dijual perlu dimasukkan ke dalam aplikasi kedai yang terdapat di dalam laman web.
Pemilik kedai online ini biasanya terdiri daripa individu atau syarikat yang ingin menjual produk secara online. Mereka perlu menyediakan senarai gambar produk, harga dan keterangan produk untuk membolehkan produk dimasukkan ke dalam kedai online ini. Website kedai online ini berbeza dengan website Pasaran atau Marketplace kerana marketplace lebih kompleks kerana membenarkan orang ramai menjual di website mereka.
Website-Website Lain
Antara jenis website yang lain ialah blog peribadi, portal berita dan majalah, website marketplace, website pengiklanan online, website direktori produk dan syarikat, landing page, link page dan pelbagai lagi. Saya juga boleh membantu anda melakukan pemasangan website-website di atas dengan kos yang berpatutan. Sila hubungi saya untuk kita berbincang mengenai keperluan website anda.
Hubungi saya di Whatsapp melalui link ini.
Semoga penerangan di atas boleh membantu anda membuat keputusan memilih jenis website yang sesuai dengan keperluan anda. Terima kasih kerana sudi membaca.